Blogger Layouts

Mutiara Kata

Renung-renungkanlah..

“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~

Ada dua perkara yang anda boleh faham tentang mutiara kata ini. Pertama, jika anda suka memberi alasan tentang apa sahaja, anda mungkin masih gagal mencapai apa yang anda inginkan sampai ke hari ini. Kedua, jika anda masih lagi gagal mencapai apa sahaja yang anda inginkan, fikir semula, adakah anda suka memberi alasan atas kegagalan anda? Jika ya, berhenti mencari alasan. Tumpukan tenaga anda kepada mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan mencapai apa sahaja yang anda inginkan.


“Create your future from your future, not your past.” ~Werner Erhard

“Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan daripada masa silam”.

Apa pendapat anda mengenai mutiara kata ini? Apabila anda mahu mencapai sesuatu dalam hidup anda, adakah anda membuatnya berdasarkan kejayaan dan kegagalan di masa lepas atau berdasarkan sesuatu yang anda ingin capai di masa hadapan?

Mesej utama mutiara kata ini ialah masa lepas anda bukanlah kayu pengukur tahap kejayaan yang bakal anda kecapi di suatu masa akan datang. Jika semua ahli keluarga anda tidak berpendidikan tinggi, ia tidak bermakna anda akan ikuti jejak langkah yang sama. Jika kebanyakan ahli keluarga anda dan saudara mara anda bersifat panas baran dan mudah hilang sabar, ia tidak bermakna anda juga begitu.

Masa lepas atau silam adalah sesuatu yang sudah berlalu. Jika anda mahu berjaya di masa akan datang, fikirkan dengan sejelas-jelasnya apa yang anda mahu capai itu dan mulakan cara hidup seolah-olah anda sudah mencapai apa yang anda idamkan itu tadi.